Pilihan raya Dzulkefly Ahmad

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Jahaya Ibrahim dengan majoriti sebanyak 860 undi. Beliau memperolehi 18,796 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,936 undi.

Bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Dr Dzulkefly kalah kepada Irmohizan bin Ibrahim dengan majoriti 460 undian Beliau memperolehi 27,040 undian berbanding dengan 27,500 undian untuk lawannya.

Terkini Beliau kembali bersama Parti Gabungan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih semula kawasan Parlimen Kuala Selangor (P096) dengan majoriti 8,498 undi dalam pilihanraya 3 penjuru iaitu Irmohizan bin Ibrahim ( BN - 21344) undian manakala Fakaruddin Ismail (PAS - 8,532).